week 16
"Recite in the name of your Lord who created - Created man from a clinging substance. Recite, and your Lord is the most Generous - Who taught by the pen - Taught man that which he knew not." [Al-Alaq: 1-5]
Oh how I love to see you learn to read the Quran, my little sweetheart.
I pray Allah give me and your daddy the istiqamah (steadfastness) to keep instilling the love for Quran in you and adik. May your Quran learning be a beautiful journey for you - and your little sister - especially in getting to know Allah, and loving Him. May Allah make Quran your best friend, in this world and the hereafter.
Kerana ini realiti, kamu mesti berani tempuh. Kerana ini realiti , kehendakmu tidak semuanya akan terlaksana. Kerana ini realiti, yang manis-manis akan sentiasa disulam dengan yang pahit. Ibumu tidak akan selalu ada. Tapi dia menghamparkanmu dengan satu kembara yang luas. Namanya kehidupan. Semua di hadapanmu. Lihatlah. Setiap bunyi di sekelilingmu. Dengarlah. Buka mata hatimu. Serap segalanya dalam mindamu. Hadapi. Beranilah menghadapi. Nikmati dan hargai. Belajarlah. Belajarlah dari kembara hidupmu yang panjang. Pengalamanmu bakal menjadi medan ilmu yang tidak terhitung nilainya.
Ibumu tidak akan selalu ada. Tapi kamu tahu di mana letaknya doa seorang ibu di sisi Tuhan. Kamu tidak akan pernah hilang walau sekelumit dari hatinya. Kamu tahu walau jasadnya tidak kan dapat selalu mendampingmu, semangat dan kasihnya sentiasa dekat. Cekallah menghadapi kehidupan, duhai anak. Bersabarlah. Dengan kuasa Tuhan, yang baik-baik nanti menantimu di hadapan.
Muhammad Khaled Low, berat dah hampir 9 kilo, alhamdulillah, kali terakhir mama bawa khaled ke klinik untuk 'injection", Khaled langsung tak menangis, anak mama dah besar, sudah boleh tahan sakit agaknya. Khaled sudah punya 'temper' nenek bilang mama, kalau lambat susu, khaled bising, khaled menangis, kemudian nenek kena pujuk, baru khaled senyum. Susu Mama khaled tak pernah buang, selalu minum sampai habis licin. Kadang-kadang setiap jam khaled hendak susu. Alhamdulillah rezeki khaled dapat minum susu mama dah masuk lima bulan. Mama harap dapat susukan khaled sampai khaled umur dua tahun lebih.
Waktu pagi, rancangan kegemaran khaled ialah Tanyala Ustaz, kadang khaled sampai ketawa berdekah-dekah sambil pandang kaca tv, mungkin khaled ingat itu Datuk, dengan janggut putih, dengan serban putih sedang mengagah-agah khaled. Dulu khaled selalu juga temankan nenek tengok cerita Mexico, tapi sekarang nenek kata tidak boleh lagi, nanti nenek cakap melayu tapi khaled cakap mexico, pitam nenek!
0 comments:
Post a Comment