week 38
Lebih kurang 3 bulan memelihara Lili, kini dia telah selamat melahirkan 4 ekor baby yang comel2.
22 sept, Irfan menyaksikan sendiri saat-saat Lili melahirkan anak-anaknya.
Tiada istilah takut dan geli dalam dirinya, sebaliknya Mama dapat lihat
wajahnya bersinar-sinar dengan keriangan, kekaguman, kehairanan, bangga,
gembira dan teruja. Anak-anak Lili berkongsi bulan lahir dengannya.
September. Hatinya girang.
Sesudah memerhatikan Lili beranak, dihampirinya Mama, di peluk, lalu dikatakannya "Terima kasih Mama."Hati Mama penuh rasa syukur.
Sayangnya bukan kepalang pada si comel berempat. Hari pertama, katanya
dia muntah di sekolah kerana terlalu risau memikirkan keadaan anak-anak
Lili di rumah. Mama sangat takut dan tak berani untuk tengok anak-anak
kucing itu di hari pertama. Dia tahu. Lalu bertambahlah risau hatinya.
Hari kedua dipindahkan sendiri anak-anak kucing ini dari kotak tempat Lili beranak ke dalam cat house yang lebih selesa dan besar. Satu persatu, berhati-hati dia memasukkan penuh cermat. Setiap hari begitulah rutin. Di jaga, dibelai dengan penuh kasih sayang. Sedang Mama, masih lagi belum berani, tapi diakui hati sudah jatuh sayang.
Nama belum diberi, susah sangat agaknya si pemiliknya ini membuat pilihan. Nama yang Mama bagi semua dia tidak berkenan. Semoga anak-anak kucing itu terpelihara dari segala bahaya. Sihat sampai besar. Terima kasih kerana menghiburkan hati anak Mama.
Eh. Mama sudah menjadi Nanny! Aww! Meow!

0 comments:
Post a Comment